Rabu, 20 Februari 2013
Memakai Kopyah
BismillahirahmanirRahim Nah-Ma`duhu Wanusolli-Mu`ala-
Rasuulihil- Kareem.. Pemakaian Penutup kepala(kopiah) Alhamdulillah,segala syukur kepada
Allah S.W.T dan salam kepada jujungan
kita,Muhammad S.A.W,yang memberi
sinar cahaya kehidupan yang baru di
atas muka bumi ini.Disini hamba yang
lemah lagi fakir ini akhirnya dapat menyiapkan terjemahan dari bahasa
urdu tentang penekanan pemakaian
penutup kepala. Kepada semua Rakan-
rakan seagamaku,baik semasa
kecil,remaja dan dewasa ini,seta
muslimin,muslimat sekalian dan orang yang mengucap kalimah
syahadah,bangkitlah dengan hati
ikhlas dan terbuka..dan buatlah usaha
pada agama kesayangan ini yang
sedang menuju kehancuran ini,yakni
pengorbanan,diri,harta,masa untuk agama Allah S.W.T dan supaya ummah
Nabi S.A.W dapat direalisasikan dan
diwujudkan.Berjalan pada jalan yang
benar dan iman akan mengikutinya.Ia
mungkin menjadi ummah dan
mengamalkan zikir,tasbihat,taklim,berjuang di jalan
Allah,membuat membantu(khidmat)
pada rakan seagama,bertimbang-
rasa,menghormati dan memuliakan
yang lain.Dan apabila pengorbanan
dibuat,maka sifat-sifat kebatilan,keburukan dan penyakit hati
akan dibuang sedikit demi sedikit
dengan usaha ini.Apabila usaha ini
diambil,walaupun dijalankan di satu
kawasan sahaja di atas muka bumi
ini,ia akan tersebar ke seluruh alam.Disini hamba berharap semoga
para muslim yang membaca alih
bahasa dari kitab ini dapat memeberi
penekanan tentang pentingya
pemakaian penutup kepala.
walaubagaimanapun,disebabkan perkara yang ingin hamba sampaikan
ini penting,hamba menulis..sesiapa
yang faham dan bertindak
padanya,Allah S.W.T akan membuatkan
dirinya bersinar,atau..dia seolah-olah
memotong kakinya sendiri.. Penekanan tentang pemakaian
penutup kepala oleh di dalam
linkungan Sunnah Nabi S.A.W dan yang
dipraktikkan oleh Sahabat (R.Anhum)
dan Tabieen. 1.“hazrat Ibnu Umar R.Anhu
meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W
menggunakan penutup kepala
berwarna putih.” (tabrani) (Allama suyooti rah. telah menulis di
dlm kitab Jamius Sagheer yang mana
sanad Hadith ini ialah
hassan.komentator kitab jamiu`s
sagheer,Azzezi telah memahami
penulisan Allama suyooti ramatullah alaih.) (As-Sirajuul Muneer,jilid ke-4
mukasurat 112) 2. “telah dilaporkan bahawa dari Ibnu
Umar R.Anhu bahawa Nabi S.A.W
memakai penutup kepala berwarna
putih.”(mujamul kabeer dari tabrani) (terdapat kemusykilan kepada salah
seorang perawi,Abdullah Ibnu
Khirash,pada hadith ini.Ibnu Hibban
telah menulis bahawa dia dipercayai
tetapi mungkin ada juga belaku sedikit
kesilapan.Muzakarah pada Muhaddith ialah bahawa beliau perawi hadith
yang lemah manakala para perawi lain
adalah boleh dipercayai. (Majmud-Zawaaid Haisani jilid ke-2
mukasurat 124) 3.”telah dilaporkan bahawa dari Ibnu
Umar bahawa Nabi S.A.W memakai
penutup kepala berwarna putih.” (ini ialah hadith lemah –tazkiratul
maudu`aat-mukasurat 155) (Tabrani telah melaporkan bahawa di
dalam mujamal aw`sat daripada
gurunya Muhammed Ibnu Haneefa
Waasiti.Walaubagaimanapun ia didapati
lemah) (Majmud-Zawaaid Haisani jilid ke-2
mukasurat 124) 4.Abu Sheikh melaporkan dari Ibnu
Abbas R.Anhu bahawa Nabi S.A.W
mempunyai 3 penutup kepala
sepanjang kehidupannya. (Bajhul Majhood,jilid ke-6,mukasurat
52) 5”.di dalam “mukhtasar”,kehidupan
Nabi S.A.W,terdapat 3 jenis penutup
kepala yang didapati,petama ialah
seperti rupa kopiah yang mana di
dalamnya mempunyai garisan
padanya.yang kedua ialah yang diperbuat daripada kain hibarah dan
yang ketiga ialah penutup kepala yang
menutupi telinga,yang mana selalunya
Baginda memakainya di dalam safar
(perjalanan dan semasa namaaz.” 6.”Hazrat Aisyah R.Anhu meriwayatkan
bahawa Nabi S.A.W memakai penutup
kepala berwarna putih yang mana
berbentuk rata dan menutupi dan
mengikuti bentuk kepalanya.” (Ibnu Assakir melaporkan
ini,walaubagaimanapun,sanad
(rantaian perawi Hadith) ialah lemah) (Faizuul-Kadeer,jilid ke-5,mukasurat
246) 7.”Nabi S.A.W telah berkata bahawa
muhrim (orang di dalam
ihram),janganlah memakai
kurta,seluar,serban dan
“burnus”(sejenis bentuk penutup
kepala)(Baginda tidak akan memakai pakaian jenis ini pada masa itu).” (Bukhari Shareef jilid 1,mukasurat
209,dan jilid ke-2 mukasurat 864) *adalah diketahu bahawa orang
dimasa itu pemakaian penutup kepala
telah menjadi kebiasaan di zaman Nabi
S.A.W.* 8.Riwayat oleh Ibnu Abbas telah
diterangkan (rujuk no.29) yang mana
subjek berkaitan,iaitu bahawa Nabi
S.A.W akan memakai penutup kepala di
dalam serbannya. Dan ada masanya Baginda hanya
memakai penutup kepala “ (Ibnu Assakir,meriwayatkan hadith
ini,sanadnya lemah) 9.”Hazrat Aisyah R.Anhu meriwayatkan
bahawa akan memakai penutup
kepala yang akan menutupi sekali
bahagian telinganya dan semasa
berada di rumah,Baginda akan
memakai yang kecil(seperti kopiah Syria)jenis penutup kepala.Abu Shaikh
yang meriwayatkan Hadith ini.Iraaqi
menulis bahawa hadith berkenaan
tentang pemakaian penutup kepala
pada hadith ini ialah yang paling sahih
sumber dan dipercayai.” (Faizuul-Qadeer jilid ke-5,mukasurat
246) Hadith ini telah melepasi dibawah
hadith yang dilampirkan disini
bernombor 29) 10.”Abu Kabshaa Anmaan
meriwayatkan bahawa penutup kepala
dipakai oleh para Sahabat R.Anhum
terkeluar dan rata.” (Tirmizi,Hadith ini lemah,mukasurat
308) Hazrat Gangohi R.Alaih menerangkan
bahawa maksud perawi yang mana
“kepala merka tertutup.penutup
kepala itu tidak akan tercabut dari
tetapi rata dan tertekan pada kepala. (Alkaukabud Durrie jilid
ke-2 ,mukasurat 452.) Penekanan pemakaian penutup kepala
oleh Sahabat R.Anhu dan Tabieen. 11.Zaid Ibnu Jubair mengatakan
bahawa beliau nampak Abdullah Ibnu
Zubair R.Anhu memakai penutup
kepala.(di dalam pengucapan
perkataan bahasa arab “burtula”
muncul untuk merujuk kepada sejenis bentuk penutup kepala. Hisham Bin Urwa juga mengatakan
bahawa beliau nampak Ibnu Zubair
(R.Anhu) memakai penutup kepala
yang bahannya nipis. 12. Eesa Ibn Tahmaan mengatakan
bahawa beliau nampak Anas Bin Malik
(R.Anhu) memakai penutup kepala.Di
dalam perkataan “burnus” dengan
memebawa maksud penutup kepala
yang panjang. (di dalam Bukhari juga pemakaian
tentang penutup kepala oleh Anas
(R.Anhu) diterangkan di dalam jilid ke
2,mukasurat 863.) 13.Bapa kepada Ash`as melaporkan
bahawa beliau nampak Abu Musa
Ashaari (R.Anhu) Keluar dati tandas.Abu Musa memakai
penutup kepala. 14.Ismael mengatakan bahawa beliau
Nampak Shuriah memakai penutup
kepala. 15.Abu Shihaab mengatakan bahawa
beliau Nampak Saeed Ibnu Jubair
(R.Anhu) Memakai penutup kepala (kedua Shihaab dan Ibnu Jubair ialah
tabiees) Ali Ibn Hussain (i.e Hazrat Zainul
Abideen),Ibrahem Nakhee dan Dahaak
sering dilihat memakai penutup kepala. (kesemua rawian ini telaj dilaporkan di
dalam dengan sanadnya dalam
Musannaf Ibn Abi Shaiba jilid ke-8 pada
mukasurat 212,213,242) Hazrat Ali (R.Anhu) telah dilihat
memakai penutup kepala mesir
berwarna putih. (Tabaqaat Ibnu Saad urdu jilid ke-3
mukasurat 187) Penekanan tentang pemakaian
penutup kepala oleh Abu Ishaq Sabee
Tabiee dijumpai di dalam Bukhari (Jilkid
petama ,mukasurat 159) Ibnu Ul –Arabi menulis “pemakaian
penutup kepala telah diapakai oleh
hamper kesemua Ambiyaa dan orang
Alim.Ia melindungi kepaa dan
membolehkan serban yang dipakai
tetap di tempatnya,yang mana ia sunnah.penutup kepala seharusnya
muat mengikut bentuk kepala dan
tidak berupa seperti dome.ada juga
orang yang membuat lubang
pengudaraan pada penutup kepala
untuk menyejukkan dan memberikan udara masuk pada kepala dan
membolehkan udara panas keluar,dan
ia adalah salah satu jenis rawatan
kepala.(ia tidak dilakukan kecuali
terpaksa) (Faizul Kadeer jilid ke-5 ,mukasurat
247) Hamba Fakir kepada Allah yang maha
kaya, Muhammad_Efendie, Sumber Rujukan: 1.Sub Topik: Topee in the light of Sunnah and
practice of the Sahaba and Tabieen -by_Maulana Fazlur Rahman Saheb 2.Raudhul Muhtaar (Shaami)-Darre
Sa`adah 3.Khasail Nabawi -(komentar dalam
Shamail Al Tirmizi)1960,Kabeeri
Shaarah Muniyyatul Mussali,Fatawa
Raheemia 4. Sharah Shamaail-Oleh Allama Ahdul
Raoof Munawi (nota) 5. Jamul wasa’il oleh Mulla Ali Qari
Rahmatullah Alai`h,Al Maqaisidul
Hassanah by Allma Sakhawi,Faizul
Qadeer and sharah Jamius Sagheer,Al-
Isaba by Hafiz Ibn Hajar,Fathuul Baari
Ibn hajar with footnote of Sheikh Bin Baaz, Mukaddama Fathul Bari Ibn Hajar - all reference this section is from
Beirut,Lebanon. 6. Sahih Bukhari,Sahih Muslim,Jami
tirmizi,Ibnu Majjah,Musnnaf Ibn Abi
Shaiba,Shamail Tirmizi,Al Mustadrak lil
Hakiini,Abu Dawood,Bazlul
Majhood,Ummadatul Qaari,Alaaf ul Shazi
Maa`na Tirmizi,Naafil Mufti was Saail by Maulana Abdul Hay Lakhnawi,Fatwa
Rasheedia, - all reference this section is from
Pakistan 7.Durrul Mukhtar ma Raddhul Mukhtar-
Darrus` saadah. 8.Alsira Jul Muneer-(komentari Jamius
Sagheer –Madinah, Saudi Arabia.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar